Tuesday, August 10, 2010

Pergantungan pada Allah itu sangat perlu

Alhamdulillah,ummi berkesempatan mengambil sedikit masa pagi ini untuk menulis sesuatu di blog kita.Fawwaz sedang dibuai mimpi indah dan waktu ini lah ummi nak wat kerja2 harian ummi.Di saat ummi menulis ini juga,kain baju sedang dibasuh oleh sahabat setia ummi si washer machine.ngeee :)

Apa yang ummi nak tulis hari ini adalah berkaitan pergantungan kita pada Allah.Terlalulah indah nikmatnya bila kita sandarkan harapan kita pada Allah disertai dengan usaha.


Semalam,abi terlupa di mana abi letak kan wallet abi.Pagi tu abi ngan ummi puas cari merata-rata dirumah.Selepas abi g keje pun,ummi tak putus2 cari segenap sudut sambil mengemas.Dalam saat seperti ini,ummi rasa cemas sebab abi cakap dalam wallet tu ada duit yang baru abi withdraw dari atm malam tadi.Tanpa membuang masa,dengan hati yang serba tak tenang,ummi pun mengambil wudhu' dan mengerjakan solat hajat meminta petunjuk dan bantuan dari Allah.Sebaik sahaja ummi memberi salam,fawwaz dah terjaga dan merangkak ke arah ummi sambil memegang wallet abi.Ya bunaiyya !!!!alhamdulillah syukur ya ALLAH.Moga rahmat Allah bersama dengan mu selamanya anakku.

Thursday, July 15, 2010

Rehlah pertama kita


Alhamdulillah , buat pertama kali nya kita g rehlah kat Lata Bayu.Seawal pukul 5 pagi lagi ummi dah siap2kan juadah ayam percik dan sayur kailan ikan masin (request by ammu wan amin).By 8.30 am semua nya ready ,alhamdulillah.Perjalanan ke Lata Bayu mengambil masa lebih kurang 2 jam ,sempat jugalah ummi melelapkan mata dalam kete.ngeee.

Sampai kat sana,abi dan ammu wan amin dan ammu man g cari tapak utk kita berpiknik.Sangat seronok,alhamdulillah ... ummi bagi fawwaz main air sungai tapi tak lama sbb bimbang paru2 fawwaz sejuk sbb fawwaz masih baby.cepat2 besar ye sayang,nantu kita leh g piknik lagi.

Sunday, June 20, 2010

W r back ..

Alhamdulillah , sampai to our home luvly home at about 11 pm.Bertolak dari Ipoh after Dzhur than singgah rumah mak lang Ilah @ Penang.Tired tapi bile tengok our home covered by a thicky dust .. ummi terus mengerjakan lantai dan office ummi ( kitchen lerr ) .. puas gak la sbb dapat mop lantai and sterilize sink n sum of cooking's equip.

Nampaknya ummi kene wat cleaning schedule starting from tomorrow since our home hve been left for 2 weeks .. can u imagine how mess it is ? huhu

Tomorrow will begin wif kitchen department 1st and of course gonna b a laundry day ( any hands want to help ? m soooo welcome for any kind and generous hearts dat willing help me ngeee )

Soon very soon .. ummi will update our pictures ( i mean fawwaz's pic ) ... inshaAllah

Thursday, June 17, 2010

TRUE STORY

ummi terjumpa dengan artikel ni di blog kawan ummi ( ummi tak ingat url nya ) .. bila baca kisah penulisnya ..mengingatkan ummi betapa mujahadahnya time ummi mengandung dulu .. sama seperti kisah isteri kepada penulis malah lebih teruk lagi keadaan ummi di mana alahan ummi berlarutan sehingga hampir bersalin.Sampai satu tahap ummi rasa putus asa namun bila mengenangkan rahmat Allah disebalik ujian ini,ummi cekalkan hati dan tabahkan diri utk terus harungi 9 bulan itu sehinggalah Muhammad Fawwaz lahir ke dunia ..alhamdulillah syukur .. ummi nak paste disini kisah penulis ini untuk tatapan kita bersama.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Al Kisahnya.....
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre',
dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja...

Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.

Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis.Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afál. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.

Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil.
Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.

Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran,apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih.

Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.

Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi.

Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi arapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Thursday, May 20, 2010

Miftahul rizqi

Agak lama ummi tak menulis di sini.Fawwaz dah pun mencecah 6 bulan dan boleh merangkak ke sana sini.Ummi sayang sangat kat Fawwaz.Fawwaz dah pun start ummi bagi makan.His 1st solid food is rice nestum.

Setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya kan dan Allah tu Maha Adil dan Maha Bijaksana dalam aturanNya.Walaupun ummi sebenarnya masih berduka sebab tak berjaya perolehi sebarang pekerjaan ..ummi redha dan yakin pasti ada sebab kenapa Allah uji ummi macam ni.Hikmah yang paling ummi nampak ialah Fawwaz mendapat perhatian dan jagaan sepenuhnya dari ummi dan ummi dapat uruskan tugasan sebagai suri rumahtangga dengan sedaya yang mampu.Kekadang ummi jadi kelu nak menjawab bila orang asyik tanya "tempat keje takde panggil ke" ... sampai ummi naik malas nak menjawab dan bagitahu.Dah banyak call yang suh ummi attend inteview since dalam confinement period aritu tapi ummi tak leh g sebab offer tu semua kat KL dan area2 Shah Alam.


ye ummi kene cekal dan kuat .. kali ni ummi nak jawab .. "saya bekerja sendiri :) " ... ye saya lah pekerja dan sayalah boss .. saya mencipta kerja untuk mencari extra income untuk membantu suami saya.Dan ummi nampak rezeki ummi dalam bidang perniagaan ni makin bertambah2 ..terima kasih tak terhingga Ya Al Khaliq .. Arrahman ..Arrahiim ...semoga segalanya berjalan dengan baik .. business ummi .. anak ummi dan keluarga kita ..

Monday, March 29, 2010

HAPPPYYYYYY DAYYYSSSSSSSS

aLHAMDULILLAH .. ummi happy sangat2 .. TQ ALLAH for all arrangements that U have made for me....Hari Jumaat , mama call kata nak datang sini.Sangat seronok !!! Tok Ma n Tok Pa sampai rumah kita pukul 7malam.Sampai je,tok pa terus panggil Fawwaz.Fawwaz mana? - soalan pertama tok Pa sebaik je sampai.Lepas je solat Maghrib ,kita bawak tok ma dan tok pa g makan kat restoran mamak kat alor setar , makan nasi kandar.Tok ma n tok pa rindu sangat kat fawwaz dan malam tu tok ma tidur lewat sebab main ngan fawwaz.Esoknya,lepas sarapan pagi,kita bawak tok ma dan tok pa jalan-jalan kat alor setar ,cadangnya nak g Pekan Rabu tapi parking takde plak n sangat sesak ... nak bawak fawwaz kesian so tok ma dan tok pa cadangkan kita g makan je kat mana-mana.Kebetulan plak kete abi meragam plak ,tetiba plak mati enjin kejap2 time drive.Apapun fawwaz memang cool sebab panas2 pun still leh tertidur kat pelukan ummi.Heee.Tengahari tu kita semua makan di restoran Mama.Sedap2 makanan kat situ dan after that kita g Giant.Ummi temankan tok ma shopping.Tok ma belikan ummi tudung yang ada awning tu.Lepas tu kita balik umah.Lepas solat Dzhur ,tok ma dan tok pa siap2 nak balik semula ke ipoh sebab isnin tok pa keje :( Apa pun ummi suka sangat dua hari ni .. Alhamdulillah

Saturday, March 27, 2010

Outing days



minum susu dulu :)


Fawwaz tidur dalam stroller time ummi shopping kat giant

Alhamdulillah ..segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat dari Nya.Kali ni kita spend weekend kat umah lagi since abi ada sports day kat sekolah esok.After Asar prayer,kita g ikut abi g padang sekolah abi untuk tengok preparation for the event.Ummi sempat la berkenalan dengan isteri kawan abi which ada anak kecik umur setahun .. Kalau fawwaz dah leh jalan mesti best kan sbb leh tawaf padang bola sebesar alam tu.Ngeee..tak lama pastu hujan dengan angin kuat .. ummi n kawan baru ummi bergegas cari tempat teduh kat bangunan sekolah.Air hujan sampai tempias kat kami sbb angin terlalu kuat.Tapi yang paling best,tetiba fawwaz terlentok kat bahu ummi tertidur .. bagus tul anak ummi ni ... Lepas tu kita bertolak ke Giant nak beli groceries.Ummi sangat happy.Happy sbb dapat bsama dgn abi dan fawwaz.Ummi sempat capture gambar fawwaz dalam stroller time kat Giant.Nasib baik la ada stroller hadiah dari tok ma n tok pa ni kalau tak jenuh gak la ummi nak dukung fawwaz.Alhamdulillah dapat gak abi beli rak idaman abi selepas berbulan-bulan cita2nya terpaksa diketepikan ..alhamdulillah ada sales lagi utk rak tu.Untuk fawwaz ummi belikan new milks container ..green color lagi tu coz abi yg pilih ... and selebihnya barang dapur.Selesai shopping,abi bawak kita g makan kat gerai2 depan giant tu.Fawwaz mamam susu,abi makan nasi ayam berempah and ummi makan burger ayam.Yummy....Ummi happy sangat untuk dua minggu ni

Thursday, March 25, 2010

Pagi yang ceria

Di saat ummi sedang menulis untuk entry baru blog kita hari ni,Fawwaz sedang nyenyak tidur sementara abi dah pun ke sekolah.Hari ni abi wearing sports attire ,ada latihan rumah sukan katanya.Semalam balik je dari sekolah,abi kata nak bawak kita g tengok pertandingan wau @ Festival layang-layang antarabangsa kat Pendang.Pukul 6 petang kita bertolak dari rumah and sampai sana dalam pukul 6.30 petang.Hmmm bunyi cam dekat tapi jauh jugak :) Sampai je kat sana , tak banyak pun layang-layang yang gentayangan di udara mungkin time kami sampai event tu dah nak habis.Selepas itu ,kembara kita diteruskan dengan aktiviti ziarah kawan abi iaitu keluarga ustaz Shirozi.Ummi sangat tertarik dan kagum dengan keluarga beliau terutama sekali pada zaujah beliau.Lupa pulak ummi pada namanya tapi zaujah nya mempunyai nur ketenangan di wajahnya.Dan apa yang menarik sekali,ummi tertarik dengan attitudes anak-anak mereka yang sangat bagus.Masa ummi masuk dalam rumah mereka,time tu kebetulan dah masuk waktu Maghrib , tanpa disuruh anak-anak mereka terus solat maghrib dan selepas itu mengaji Al Quran tanpa.Sejuk mata ummi memandang mereka.Hubungan antara mereka adik beradik sangatlah baik dan tak de bising2 teruk walaupun adik beradik ramai.Kata orang utara "tak buas" walaupun sebenarnya ummi tak berapa suka guna istilah itu.Harapan ummi semoga ummi dapat mentarbiyyah anak-anak ummi seperti mana zaujah kawan abi tu.Selpas dari rumah kawan abi tu kita singgah pulak ke rumah kawan abi tak berapa jauh dari situ ... rumah ustaz Fauzi.Seronok dapat kenal dengan zaujah2 kawan abi.Kita sampai rumah pukul 11 malam tadi.Sampai je rumah abi terus lena kepenatan manakala Fawwaz masih lagi mata terbuntang.Tapi alhamdulillah setelah di riba ,Fawwaz pun turut tidur.

Friday, March 19, 2010

Supprise !!!!!

Alhamdulillah akhirnya settle gak keje2 rumah hari ni ..sangatlah letih start dari pagi tadi sampai ke malam ..tak habis2 jugak plus fawwaz skang dah tak nak tidur sangat.Harini ummi masak kari ayam dengan kobis goreng je plus telur goreng.Sarapan pagi plak masak nasi goreng kampung ala tok ma.Tadi umi cabut bear pooh yang maksu hadiahkan kat fawwaz tu ,ingatkan nak basuh bagi fawwaz main la since skang fawwaz dah pandai pegang barang and main.Tiba-tiba bear pooh tu berbunyi lagu happy birthday .. apa lagi terperanjat la ummi and tercampak bear tu mujur tak kene kat fawwaz.So ummi bagi la kat fawwaz ,fawwaz pegang and seems like fawwaz suka tengok bear tu.Pastu ummi picit la perut bear tu and kuar lagu happy birthday..suddenly fawwaz terkejut and menjerit .. huhu dah la suara anak ummi ni besar .. pastu fawwaz nangis .. huhu lama gak la nak bagi fawwaz biasa dengan bear ni ..dan alhamdulillah now fawwaz dah ada kawan baru :)

Thursday, March 18, 2010

Jalan-jalan ke RFC Shahab Perdana





Malam semalam kita gi makan dekat RFC kat Shahab perdana.Dah lama ummi nak belanja abi makan kat sini tapi disebabkan kekangan masa terpaksala ummi simpan sehinggalah semalam.Kat tempat kita makan tu ada children corner .. tak sabar nak tunggu Fawwaz pandai jalan..leh ummi bawak lagi fawwaz datang sini untuk main kat situ.

Monday, March 15, 2010

Perlis oh perlis

Pagi jumaat tu ummi dah bz berkemas sebab pagi ni bertolak ke perlis sebab hari ni abi kene g buat keje kawin kat umah maksu.Sampai je kat perlis , ummi bawak fawwaz g umah maksu yg kenduri tu.Jumpa ngan kawan ummi nama dia iffa.Dulu kami satu asrama kat uitm tak sangka plak skang jadi sedara plak.Dan tengah sembang2 tu kami cakap pasal KPLI.Allah .. nasib baik la iffa bgtau yang dah leh check mtest kpli.Ummi dan abi kelam kabut cari jalan camne nak check.Mak njang tolong check kat ummi.Know what?ummi kene g test esoknya jam 9 pagi kat SMK MAHAWANGSA jitra .. malam tu ummi tak lena tidur sebab dok pk nak jawab pe test mtest esok dan camne nak tinggal fawwaz ni...

esoknya pagi2 ummi dan abi dah bertolak ke Jitra.Sampai sana . ummi dan abi g breakfast kat warung dekat2 sekolah tu and abi jumpa dengan kawan lama abi yang also akan jawab mtest kat situ.Allah hu akbar .. memang kelam kabut.Balik dari mtest tu ,singgah kat butik anakku kat jitra.Ummi belikan hadiah utk fawwaz .. botol susu BPA free AVENT de ngan puting utk ganti puting botol susu fawwaz.hadiah utk anak ummi sebab kene tinggal.Kesian fawwaz.ummi rindu sangat kat fawwaz sepanjang berjauhan dengan fawwaz.Sampai je umah tok chah , ummi terus g tengok fawwaz.Fawwaz cam tau je ummi dah balik.muaaah,sayang sangat kat anak ummi.Pastu ummi ngan mak long,mak njang ngan mak lang gi makan kenduri.

Esoknya hari Ahad .. hari yang sangat stress buat ummi.Ummi sakit kepala dah dari pagi tu.Pastu tengahari tu g kenduri kawin kat dua buah tempat.Ummi sangat letih plus sakit kepala.Lepas g dua buah kenduri tu singgah kat umah mak long.time tu Allah je la yang tau btepa rimasnya ummi.Ummi rasa cam nak cabut je tudung sebab panas sangat plus berpeluh2.Fawwaz plak meragam ,susu fawwaz dah habis.Ummi tak bawak la extra sebab ingatkan juz g kenduri kawin je.Kita balik umah kita pukul 7 malam.

Thursday, March 11, 2010

Fawwaz days

Hari ni hari fawwaz nye appointment untuk g timbang.Huh lama tul la nak tunggu nurse timbang fawwaz sampai dua jam.Alhamdulillah berat fawwaz dah 8 kg .. patutla pinggang dan badan ummi lenguh bila angkat fawwaz.Thanks abi sebab hantar kami.Pastu petang ,abi balik keje lewat.Kesian ummi tengok abi,tak larat.Malam tu plak abi ajak kita g kuar makan kat kedai Alia.Masa tu mata abi dah tersengguk sengguk dah.Lama tul diorang nak siapkan order walhal ummi ngan abi order mee goreng je.Mujur la fawwaz tak meragam ,alhamdulillah.. fawwaz leh tidur lagi kat bahu ummi.Bila ummi dah habis makan baru fawwaz terjaga.Hmm abi .. ummi faham keletihan abi.Kalau letih dan ngantuk , rehatlah kat rumah.. tak keluar pun takpe ,, hujung minggu time abi cuti tu la baru kita keluar .. apa pun ummi sayang sangat kat abi dan fawwaz.

Tuesday, March 9, 2010

Kete oh kete





Salam ... alhamdulillah kete abi dah siap dibaiki semalam.Pheww alhamdulillah lega ummi.Sebenarnya ummi risau kalau abi naik motor ni.Memang la dari segi economy , much saver in term of fuel but when talk about safety,i wud prefer a car since it has a body.But however it is , i alwayz pray may Allah always protects abi whenever he is.

Sunday, March 7, 2010

Jumaat yang penuh barakah

Alhamdulillah , hari ni ummi tak perlu tergesa-gesa nak buat keje umah sebab minggu ni kita tak ke mana-mana.Kalau jumaat yang sebelum2 ni, everything ummi kene buat dalam kadar segera sebab biasanya tiap2 Jumaat lepas asar kita akan bertolak balik rumah Tok Chah.Minggu ni kita tak balik coz abi ada kursus esok.Ummi sangat gembira bila tengok abi main2 dengan fawwaz.Memang hari ni abi banyak spend time dengan fawwaz compared to weekdays.Yelah kan weekdays abi agak bz skit.Petang tu kita tengok citer Alvin and chipmunks,best sangat tapi baru sekerat citer fawwaz dah ZzzzzZZzzZZZzzzz .cute la those squirrels After mahgrib prayer tadi ,abi bawak kita g alor setar g maybank.Sempat gak la singgah Giant to buy some groceries.Terima kasih abi sebab bawak kami gi jalan-jalan.tu.hmm okies la,ummi sangat ngantuk.Assalamualaikum wb

Vrooommm

Pagi ni abi gi keje naik motor.Vroooommmm.Motor yang abi naik tu motor abg Mie.Alhamdulillah syukur sangat sebab ada yang sudi pinjamkan motor kat abi untuk g sekolah.Kenapa abi naik motor?

Semalam dari tengahari lagi ummi dah rasa tak sedap hati.Dalam pukul 4 lebih camtu abi balik bagitau dia accident langgar lori.Ummi ingatkan tak terukla sebab tengok abi okies je walaupun bunyinya macam agak seram.Tapi bila ummi tengok keadaan kete abi , alhamdulillah ummi rasa bersyukur sangat sebab Allah selamatkan abi.Kata abi , lori tu brek mengejut.Abi panik sampai terlupa nak amik no plat lori tu.Takpelah yang penting abi selamat dan tak apa-apa.Semoga Allah sentiasa melindungi abi dari sebarang marabahaya..Rabbana taqqabbal du'a

Thursday, March 4, 2010

Kampung ???

Balik dari sekolah ,abi bagitau abi diundang untuk bagi ceramah malam ni kat kampung ( ummi tak ingat nama n tempatnya).Lepas je abi solat maghrib , kami bergegas la ke tempat tersebut.Sampai kat satu tempat , ummi rasa sangat lemas sebab kawasannya sangat mendatar dan luas.Rupanya kami berada di lautan sawah yang kering kontang mungkin kerana musim kemarau.Seketika itu buatkan ummi teringatkan kisah yang tok ma ceritakan kat ummi pasal sawah yang jadi laut .. kisah benar tau tu.

Abi terlupa jalan nak gi kampung tu , yang best tu , abi lupa nak mintak no pakcik yang undang abi buat ceramah tu plus keadaan malam yang begitu gelap.Tapi abi tak putus asa , alhamdulillah usaha abi membuahkan kejayaan bila kami berjaya sampai jugak ke tempat tersebut.Fawwaz tidur je sepanjang perjalanan and bila sampai baru fawwaz terjaga.Penduduk2 kampung ni bercakap dengan bahasa siam.Kalau cakap bahasa melayu pun lorghat Siam.ummi tak baper faham butir bicara mereka.Ummi banyak senyum je dari bercakap.As usual fawwaz la jadi main attraction tok2 n makcik2 kat situ.Semua nak pegang fawwaz so alhamdulillah leh la ummi menjamu selera dengan hidangan yang mereka sediakan.Time abi ceramah kat depan , fawwaz plak ceramah kat belakang dengan bahasa fawwaz.Ngeeee.Lepas penat bercerita dengan bahasa fawwaz,fawwaz tidur lagi keletihan agaknya.Ihik

Thursday, February 25, 2010

Keje vs dok umah

"Sayang nak tau satu cerita tak?"

"Apa dia ?"

"Tadikan abang p kedai makan , dah amek nasi ngan lauk tetiba time nak bayar duit dalam beg duit ada RM4 ja"

"Dah camne"

"Cancel la dah tak cukup duit"

Olossss kesiannye abi , sampai tak cukup duit nak makan.Ni mesti kes tak perasan duit dalam wallet takde.Ummi plak lama dah tak tengok wallet abi sebab sblum ni ummi akan tengok wallet abi ada duit ke tak.Kalau agak2 mcm dah kering je ummi akan tambah notes2 merah ke biru ke kat dalamnye diam2.


Semalam ummi terbaca entry dari sebuah web pasal dilema nak jadi suri rumah or keje.Personally me myself ,ummi wud prefer jadi suri rumah yg berkerjaya ( SOHO ) sendiri.Reason nye sebab ummi tak yah hantar fawwaz g nurseri sbb ummi kurang caya ngan babysitter ni.Dan saat yang paling membahagiakan adalah melihat fawwaz membesar di depan mata ummi serta mengenyangkan abi dengan air tangan ummi.Furthermore , ummi dapat spend lebih masa utk fawwaz.Tapi apakan daya keadaan nampaknye memerlukan ummi utk bkerja demi mmbantu abi utk keluarga kita.Apapun ummi serahkan segalanya kepada Allah sebab ummi yakin hanya DIA YANG MAHA TAHU apa yg terbaik utk ummi.

Semenjak balik dari Ipoh , Fawwazz dah pandai tidur sendiri .. alhamdulillah.Sekali sekala ada jugak la merengek nak tdur tapi bila ummi pangku kejap je fawwaz dah tidur.Sayang sangat kat anak ummi ni.TQ Allah for all this.

Monday, February 22, 2010

1 ... 2 .. 3 .... 4

Ummi baru je lepas breakfast ,makan cake choc yg tok ma buat n susu higoat yg abi tak abiskan tadi.Fawwaz tgah tidur tu , tadi fawwaz bangun kejap mnum susu.Semalam g pasar malam bawak fawwaz.Kali ni alhamdulillah senang bawa fawwaz g mana2 sbb dah ada stroller hadiah dari tok ma n tok pa.They luv u so much sayang.Time nak balik ipoh n balik sini semula ,tok pa tak putus2 call ummi tanya keadaan fawwaz.Risau bebenor mereka kt fawwaz.heee

Hmm ummi tgah rest jap ni.Baru lepas nyapu2 lantai.Tadi dah jmur baju2.ada lagi bbrapa trip kain utk dbasuh tapi air plak takde.Allah nak bagi ummi rehat jap.Semalam ummi rasa pening pusing2 n muntah.Mungkin ummi penat sangat kut atau ada tersalah makan.Mujurla fawwaz tak meragam so dapatla ummi rehat skali skala lpas wat keje.

Semalam fawwaz meniarap n kaki fawwaz menolak2 n effectnya fawwaz menjulur ke depan ,,, biar betul anak ummi ni .. ihik ...

Sunday, February 21, 2010

Ahad yg memboringkan

X bestnyer sbb abi dah start keje balik arini.Kita sampai rumah malam tadi.Wuaaa our house so messy.Banyak keje ummi nak buat ni , nak basuh baju , lipat kain , bla .. bla .. bla.Tapi sebelum tu ummi nak on9 jap check email.Fawwaz pun tgah tidur berpusing 180 degree dari asal.Nanti ummi update blog ni pasal citer kita sepanjang bercuti di kampung Ipoh.

Monday, February 15, 2010

CNY ...



Jummat aritu ( 12/02/2010) sepagi2 nya lagi ummi dah start siapkan keje2 umah such as basuh baju , lipat baju coz petang tu kita akan btolak ke perlis n stay for 3 days kat sana.Mak ngah kimi n mak teh liza balik n nak tngok Fawwaz.Tgah rushing2 tetiba air plak tarak .... astarghfirullah hal azim ,, mesin ada satu trip lagi nak basuh baju2 fawwaz.Abi kata hari ni ummi tak yah masak ,since takde air kita beli je lauk ... Time abi g solat jumaat ,kak cik jiran depan umah datang nak "pinjam" fawwaz utk main.Huhu .. ummi sgt la berat hati nak bagi tapi takpe la lagipun dpan umah je.time fawwaz kat umah kak cik tu ,ummi asyik intai je dari tingkap n bila dngar fawwaz nangis je ummi dah risau ... lagipun time tu fawwaz baru bangun tido n lum smpat lagi manja2 ngan ummi.Time fawwaz kat umah kak cik ,ummi amek masa tu utk mop n kemas2 rumah n packing baju.At last ummi g umah kak cik utk amek fawwaz sbb dah tak tahan rndu bjauhan ngan anak ummi ni..Ngeee
Bila abi balik ,ummi tngok tangan abi ksong .. ummi dah agak msti lauk pauk kat kdai dah habis.kebetulan plak time tu air dah ada balik so ummi pun masak.Siap2 smua dalam pkul 6 lebih n kita g beli ubat tok chah dlu baru g perlis.

Sangat seronok kali ni balik sbb mak ngah , mak teh n mak long ada ... ummi rindu ngan si kembar ain soffiyah n ain kamila tu.So sad bila tngok kdaan tok chah tapi alhamdulillah tok chah dah boleh jalan skit2 utk ke bilik air but then still need observation especially time tok chah kat bilik air coz her body still weak.Hari Ahad petang rite after asar ... kita packing2 barang2 utk balik rumah kita kat pokok sena dlu coz abi tak larat nak drive jauh2 lagi.On the way nak balik tu,abi bawak kita g Tasek yg dekat tepi highway tu ... ummi tak tau apa nama tasik tu n kat sana jmpa ngan family mak ngah .. jmpa kak farah ,kak zana ,kak tini ,abg aman n ayiem .. wah ummi sangat seronok .. alhamdulillah akhirnya Allah kabulkan juga permintaan ummi.Cuma sayangnya abi tak bawak kamera utk amek gambar but mujutla mak ngah ada kamera n she took our picture n ummi tak sabar nak letak dalam album kita.





Hurmm ekceli time ummi posting dis entry , ummi baru je basuh baju n check email kut la ada order dari sapa2.Fawwaz dah tido tu ..abi pun sama.Esok pagi2 lagi kita akan bertolak balik Ipoh to meet wif tok ma ,tok pa n of course mak su n mak teh gelek.Ngeee..yawwwnnnn ummi dah ngatuk ni nak titun jugak.

Wednesday, February 10, 2010

Demam ...

Hari ni fawwaz dah pun 3 bulan sehari n tadi abi n ummi bawa fawwaz g klinik utk dapatkan injection for the 3rd time utk fawwaz.Yawwww .. ummi nangis bila fawwaz nangis time kene inject.Berat fawwaz dah naik jadi 7.2 kg.Balik je umah,ummi tuam tmpat kene inject tu n buh mnyak kat tepi nya.Pastu ummi bagi fawwaz makan sirap paracetemol yg nurse bagi.Pkul 3 lebih fawwaz nye dahi dah suam ,,, Allah .. fawwaz demam :( kesian nya anakku .. x pe syg .. Allah sayang fawwaz ..nak bagi fawwaz rehat tu ..muaaaahhhh sayang anak ummi

Thursday, February 4, 2010

Dunia ummi

Time blogging ni ,ummi dah pun siapkan 20% keje umah.Hari ni ummi leh on9 lama skit coz abi bagi ummi cuti memasak.Abi kata harini abi nak beli kat kedai je.Hurmm to be honest ,mmg keje2 memasak itu satu keje yg merenyahkan especially kalau u have to do it all by ur own ( tetiba ummi rindu saat cooking2 n baking2 ngan tok ma).Tapi bila tengok abi makan masakan ummi dengan seleranya,automatically gugur satu persatu rasa letih dan penat tadi.Ummi teringat kat tok ma,one thing dat y i always ate what ever tok ma cooked or baked is juz because to make she happy n to appreciate her ( kecuali time ummi sakit perut ,migrain or sakit gigi ).Kekadang ummi habiskan makanan mak su ( sbb maksu slalu ngelat time amek makanan n never finished her meals) sbb tak nak tok ma sedih tengok makanan yg dia masak dibuang camtu je sbb ummi tau tok ma berletih letihan n brpanas panasan brada kat dapur spanjang hari smata2 nak prepare food as perfect as she can for us.Credit for u mama for all what u have done n sacrifice for us.Tapi fawwaz nanti ,when u grow up .. no need to force ur self to eat what ever ummi cooks ye.








Sambil post entry ni,ummi blogwalking kat lunatots.com ... really astonish dgn mummys outside there yg success in what ever they do.Ummi slalu mengharap dat i can be like them too.YA ALLAH ,pls mke my dream come true.Kalau boleh ummi nak buat duit dari rumah je so dat ummi tak perlu leave my kids to babysitter.Kat lunatots ni ada jual cloth diapers which ummi mmg plan to subsitute from drypers to cloth drypers.Its good for fawwaz's health n abi's financial too.kalau in term of financial tu , long term mmg berbaloi la n they said CD ni leh guna smpai kalau Fawwaz ada adik nanti (kalau ada rezeki .. 2 yrs after kut insyaAllah )


Hmm jari ummi dah letih menaip n surfing blogs ni .. fawwaz dah bangun ,,satgi bath time n ummi nak sambung keje ummi.Agaknya abi ada kelas skang kut.Rindu kat abi ,yeap really miss him.Tak sabar nak tunggu abi balik dari skolah.We luv u abi ... for the rest of my life ..i'll be luving u .....

Abi ......

Pagi2 lagi ummi dah jemur baju siap2 sbb abi kata nak bawak kita balik g perlis.Bila smua dah settle,time ummi nak mandikan fawwaz baru ummi teringat nak call abi tanya dia balik amek kita pkul brapa.Tngok2 ada 2 miscalled dari abi.Allah,ummi tak dngar bunyi henset sbb henset ummi ada kat bawah bantal fawwaz.uishh ummi shoudnt do dat next time coz it may put u in hazard sbb henset ni ada gelombang.

So sad bila dapat tau abi dah kat jitra ,ni smua salah ummi.Ummi tak teringat langsung pasal henset sbb sibuk prepare barang2 fawwaz n at the same time nak jemur baju yg ummi dah machine smalam sbb ummi tak nak la nanti kita balik umah tengok umah dalam keadaan x terurus.ummi tak suka camtu sbb ummi dah dibiasakan dari kecik oleh tok ma utk always make our home neat and tidy.Hmmm since abi kene sampai kat bangunan persekutuan tu at 11am nampaknye tak dapatla kita g tengok mak njang n tok chah yg warded kat HTD.hopefully tok chah cepat smbuh ..amiin.Tok chah fawwaz ada asma sama mcm arwah nyang maryam ( mak tok papa).

Hari ni ummi masak sambal bebola kentang ,sup bayam.ummi goggle kentang masak ngan lada hitam mcm yg abi cakap tu tapi still tak dapat pic camne masakannye so ummi pandai2 la cipta resepi sndiri.mujur abi kata sedap ( tak tau la kut abi nak amek hati ummi je ..ngee )Sampai pkul 6 ptg abi lum balik lagi sbb abi kata dia nak rehat dlu kat umah tok chah ..ngantuk katanya.ummi pun tidurkan fawwaz yg ngantuk tapi bising2 ajak ummi main..kelakar tul la anak ummi ni last2 kita sama2 trtidur kat hall.ummi jaga2 je dh gelap dah n time tu abi call tanya nak beli apa.ummi happy sgt bila tau abi dah nak smpai umah.Finally abi smpai umah dlam pkul 7 lebih.Aftr abi performed mahgrib prayer,kita makan ..Opsss ummi ngan abi makan sama2 .. sukerrrr sgt.Bila abi puji masakan ummi,ummi rasa puas sangat dan hilang letih2 ummi wpun ummi tau sbenarnya tak la sdap mana masakan ummi cuma abi saja je nak amek hati.ummi sayangggggggggggggggggggggggggggggggg sgt kat abi dan fawwaz kerana Allah.

Wednesday, February 3, 2010

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…
Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan

* Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan

* Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
* Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
* Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.
* Buah-buahan Citrus:
{mosimage}Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.
* Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!
* {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
* Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.
* Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
* Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
* Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
* Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

* Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.
* Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Masak lemak cili api

Ntah knp lately air waktu pagi2 skit sgt.Keje2 ummi terbantut especially nak basuh baju dan basuh pinggan.Biasanya time pagi2 tu la ummi nak grab the oppurtunity to do all things as much as i can sbb time tu fawwaz titun.Pagi tadi fawwaz bangun pkul 1opg tapi tidur smula lpas mnum susu smpaila pkul 1tgh.Lepas mandikan fawwaz ,ummi susukan fawwaz sambil download children's nasheed kat youtube .. tetiba fawwaz ketawa bila tngok video tu.Ummi happy sgt n smangat tuk dload nasheed tu.Bila fawwaz dah tido,ummi cpat2 g dapur nak start masak .. really frustrated sbb air makin slow n slower than before ... tak puas nak masak sbb nak cuci pinggan tak leh ,, menggunungla dishes kat sink.Ummi plan nak masak ayam masak lemak cili api since bahan2 smua ada n ummi mmg tringin nak makan dari haritu lagi.Memang agak kelam kabut jugak time masak tadi sbb tgah2 masak abi call suh tngok balance akaun kat intnet,pastu fawwaz terjaga sbb berpeluh kat belakang smpai basah baju fawwaz.... ummi terkejar2 ihik sgt kelakar kalau dikenang smula n sumthing has happen to my masak lemak ... ummi pelik knapa la kuah masak lemak ni tak kuning2 ,, rupa2nya yg ummi masukkan tadi tu bukannya kunyit tapi kari ,, mujurla skit je .. tak tau la apa rasanya nanti ..lpas tu ummi masak sayur campur goreng n last skali masak nasi.Petang tadi tok cu datang dgn pak lang.Mulanya fawwaz tido pastu dah nak dkat balik tu barula fawwaz tjaga.mujurla ada kek coklat yg tok ma bagi dlu masih elok lagi so ummi serve kek coklat tu je la.Malam plak ammu wan datang.. ammu wan ni kerap bkunjung k rumah kita ... ummi suka kalau dia datang sbb ada la kawan abi.ummi tertidur time tidurkan fawwaz n jaga2 je dah pkul 10mlm.ummi tngok citer sang murabbi dengan abi.

Lagu best from favorite singer ummi ... Maher Zain



Ummi baru je tau pasal songs by Maher Zain.Pak cak yg introduce kat ummi lagu2 maher zain ni.Memang sgt best lagu2 dia ... yg paling ummi sker lagu INSHA ALLAH.Know what?bila fawwaz tak tido n ummi nak wat keje,ummi akan pasang dis song.Bila habis je lagu ni,fawwaz akan brbunyi "ekkkkk" ... ummi tak tau nak wat camne bagi lagu2 ni repeat so ummi akan berkejar dari dapur ke depan utk re play smula.Slain dari dis song,ummi akan pasang alunan surah dari alQuran recited by Mashari.Masa ummi ngandungkan fawwaz dlu ,ummi sllu dngar Quran recitation by dis Sheikh ... ummi sgt suker gaya bacaan dia.

Back to lagu maher zain ,ada 1 song yg buat ummi really touching which is lagu FOR THE REST OF MY LIFE.Ummi harap ,perasaan abi terhadap kehadiran ummi dalam hdup abi mcm dalam lirik ni.Ummi tau ummi bukanlah isteri yg sempurna tapi ummi sentiasa cuba memperbaiki segala apa yg ummi berikan pada abi.Below waz the lyric n the video





FOR THE REST OF MY LIFE

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Tuesday, February 2, 2010

rumah tak perlu BESAR .. yg penting ....



Rumah tak perlu besar yang penting ada KEBAHAGIAAN di dalamnya.Ahli nya bekerja sama antara satu sama lain.Takde rasa ini ke ko tu keje aku dalam setiap perkara kerana adanya sikap memahami,tolong menolong dan ihsan sesama ahli.Takde sangkaan "dia senangla tak macam aku kene buat dan fikir mcm2" sebab semua ahli ada peranan dalam watak masing2.Rumahtangga juga akan bahagia kalau takde campurtangan pihak lain dan mereka sendiri yang menentukan corak pemerintahan kerajaan yang ditadbir.Bahagia itu akan terasa bila Raja dan permaisuri sendiri yang mencorakkan warna di atas kanvas perkahwinan yang dibina.Rumahtangga juga akan bahagia kalau ada ruang untuk ahlinya bernafas.Wallahualam ...

Fawwaz penyejuk di mata dan penawar di hati ummi .... ummi luv u sayang .. fawwaz la kebahagiaan ummi .. lahirmu membawa seribu makna di dalam hidup ummi ..insyaALLAH selagi ummi bernyawa ,ummi akan menjaga fawwaz dengan penuh kasih sayang dan mendidik fawwaz dengan sehabis daya..Ya Allah , bantulah hamba ini menjadi ibu yang baik untuk muhammad Fawwaz agar besarnya nanti menjadi insan yang berguna dalam agamaMU.. amiiinnn

Monday, February 1, 2010

PARK waz cancelled

Gambar hiasan je ... insyaAllah ,one day,ummi will bring fawwaz go here

Supposely abi plan to bring us to the park but then tok chah called n told us dat she want to come wif paksu zaki.Balik dari keje abi beli bahan2 yg ummi pesan utk buat mee kari.Abi request kat ummi suh masak mee kari.Fawwaz tido time tu n ummi pun siap2kan bahan.Finally they come ,but not only two of them but plus wif mak long's children which are abg cik , jannah n ayem.Ummi buat mee kari tak banyak but alhamdulillah enough for them.Ummi dan abi smpatla merasa semangkuk.Mereka balik dalam pkul enam lebih petang.Ummi sangat penat hari ni.Tapi bila ummi tengok fawwaz tersenyum .. ummi rasa bahagia sayang.Alhamdulillah ..praise be to Allah for bestowing ummi the most precious gift that i ever had in my life ...

Friday, January 29, 2010

Jumaat yg paling best




Malam semalam , smpai pkul 2 pagi , ummi ngan abi tengok citer Dr Patch Adam .. time tu fawwaz dah lena tidur kat atas riba ummi.Pagi ,ummi terlambat bangun .. sdar2 je dah pkul enam lebih dah.Hmm hari ni hari Jumaat yang paling best sbb nye ummi tak perlu rushing2 nak wat keje umah.Abi ada kursus esok jadi minggu ni kita spend weekend kita kat rumah kita.Rumah pertama kita ( wpun umah sewa je ) .Walaupun umah ni kecik tapi ummi suka sgt umah ni.Pertamanya sbb umah ni rumah baru.Tuan rumah ni lum duduk lagi kat umah ni.Dulu masa ummi tgah mengandungkan fawwaz ,time abi cari rumah sewa ,ummi berdoa sgt supaya dapat umah yg baru lum ada org duduk sbb time tu ummi mmg sgt sensitif dgn bau2an.Alhamdulillah Allah kabulkan doa ummi ,kita dapat umah baru.Walaupun rumah ni kecik je tpi ummi rasa bahagia sangat apatah lagi sejak kehadiran fawwaz peneman ummi tatkala abi g keje.Memang betul lah kata orang "Rumah tak perlu BESAR ,tapi yang penting ada kebahagiaan di dalamnya".

Hari ni , ummi memulakan operasi tugas ummi bermula di bahagian dapur.Al maklumla kalau hari biasa memang ummi tak sempat nak bersihkan all in out rumah kita,kene tunggu hari jumaat la baru dapat nak kemas.Tapi jumaat kali ni berbeza dgn jumaat yg lepas sbb kali ni ummi tak perlu kelam kabut nak wat keje cepat2 sbb minggu ni kita spend weekend kita kat umah je.Lepas bersihkan dan kemas dapur , ummi siapkan sarapan abi dan kami makan bsama.Lepas tu ummi beralih ke ruang tamu plak dan seterusnya segenap rumah.Bila abi gi solat jumaat ,ummi pulak tidurkan fawwaz .. fawwaz dah ngantuk sgt masa tu dan nangis kuat2 .. tapi ummi tak marah sbb ummi sayang sangat kat fawwaz ... yg kelakarnya bila ummi dukung fawwaz ke dapur ,fawwaz dah tidur kat bahu ummi ... Bila abi balik , abi bawak balik barang2 dapur dan ummi selesai masak dalam masa sejam.Hidangan yang ummi masak ikan kembung masak asam pedas , kailan goreng belacan , telur goreng dan air sarsi abi buat.Abi fawwaz pandai buat air tau .. kalah ummi.Petang tu ummi tidur kan fawwaz and last2 dgn ummi skali tertidur .. abi pun tidur kepenatan cangkul rumput kat belakang umah kita pagi tadi.Malam , ummi sambung keje umah .. ummi basuh baju ... pastu watkan abi cornflake ..abi tak nak makan nasi sbb abi nak diet katanya ... lpas tu kami sama2 tengok tv citer PACIFIER kat tv3 .. best citer tu ... ummi sgt gembira hari ni .. alhamdulillah









Thursday, January 28, 2010

Benefits of Infant Massage For babies, children, parents and carers



* Thanks to our Norwegian Chapter for this infant massage photo Infant parent attachment or "bonding"*
* Relaxation
* Makes baby feel loved
* Promotes better sleep
* Facilitates body awareness
* Boosts immune system
* Sensory stimulation
* Improves skin condition
* Improves blood circulation
* Helps digestion
* Balances respiration
* Relief for teething pains
* Helps waste elimination
* Helps you learn about your baby (Their needs and desires)
* Relaxes parents
* Helps build parents' and baby's self-esteem
* Pleasurable experience
* Stimulates production of oxytocin (Oxytocin is a hormone which can be produced by both male and female persons during massage. It is useful as a pain reliever and has a calming effect on the person.)

*Bonding is : love, security, connection, acceptance, peace, caring, happiness, interaction, empathy, unity, warmth, joy, communication and familiarity.

*Bonding may be experienced through eye contact, touch, smell, taste and listening.

*"Bonding is a unique relationship between two people. It is specific and endures through time." M. KLAUS

Tuesday, January 26, 2010

Exhausting but Fun !!

Cap teddybear color choco tu abi yg belikan ..cute kan

Botol susu avent 4 oz ... hadiah dari abi untuk fawwaz



Huhu memang ummi sangat letih hari ni.Ummi waz suprised by mak lang Ah ( giler2 nye suprise).Mak Lang ah bgtau nak datang and she said she will come by bas.iyo2 la ummi ingat wah rajin sungguh la mak lang fawwaz ni menapak dari bus stop smpai ke sini.ummi time tu cuma masak nasi je sbb tak leh start masak lauk pauk lagi since bawang putih n belacan yg kita beli kat pasar malam semalam tertinggal kat kete abi n lagipun mak lang kata jgn masak lagi ,tunggu dia sampai coz dia nak masak sama2 ngan ummi.

Mak Lang smpai umah kita dalam pkul 2 lebih camtu .. n yg suprise nye apa tau ..mak lang datang ngn mak ngah noni wif her husband n son lagi ..ah gawat nih .. ummi pun kelam kabut la masak n mak lang ah tlg ummi masak skali.Hidangan siap dn dapat dimakan dalam pukul 3 lebih ... ummi masak sesimple yg boleh which is kari ayam , sambal udang , sayur bayam ala chinese cuisine.Alhamdulillah dapat la jamu mereka makan tapi ummi tak makan lagi time tu sbb ummi tunggu abi balik , nak makan ngan abi .. ngeee.Fawwaz sgt sporting at dat time , rancak nye fawaz berbual dgn mak ngah ah ye walhal satu patah pun mak ngah tak faham.ihik


Abi balik dan sempat la jmpa mereka.After performing asar prayer , abi ajak kita g belanja kat Tesco.Lpas siap2kan barang fawwaz kita bertolak but then singgah skolah abi dlu.Student2 abi tengok fawwaz ,siap dukung fawwaz lagi.After dat kita terus ke tesco ,smpai je tesco ummi dan abi bergilir2 g solat maghrib pastu baru continue shopping.Alhamdulillah ,Ummi sgt seronok sbb dapat jalan2 dgn abi dan fawwaz wpun sbenarnya kat kepala ummi ni terbayang kain baju yg masih ada dalam washer machine ,teringat baju keje abi lum gosok lagi .. tiba2 ummi teringat kat tok ma dan tok pa kat ipoh sbb dlu tok ma dan tok pa slalu bawak ummi g jalan kat tesco n jusco.







Ummi dan abi belikan adi cap yg sgt cute ( tq abi) .. ada peristiwa yg really touching my heart .. masa dah nak balik tu kan ,kita lepak kat food court rehat jap.Sambil tu makan bebola dan minum air.masa tu fawwaz dah tjaga n nak susu ,ummi feed fawwaz dgn botol susu fawwaz tu.Habis melelh susu kat leher fawwaz sbb puting botol fawwaz mcm dah longgar.Abi terus g beli botol susu Avent utk fawwaz.Sayang sungguh abi kat fawwaz ..so fawwaz kene sayang kat abi tau .. jadi anak yg soleh ... kita smpai umah dalam pukul 11 malam.Balik je abi dah tergolek kepenatan.Lepas tukar pampers ,baju n susukan fawwaz .. fawaz tidur sebelah abi.ummi plak settle kan bju dan kemas brg2 yg kita beli tadi.Sangat penat ,letih dan lenguh tapi bila tengok fawwaz dan abi tidur .. ummi rasa energetic smula ..alhamdulillah...

Saturday, January 23, 2010

Sepetang di kedai Mak Njang

Fawwaz sangat baik hari ni.Time ummi masak kat umah Tok Chah ,fawaz tido je.Sekali sekala ummi berlari dari dapur ke bilik semata-mata menjenguk putera kesayangan ummi ni.Baru je berjauhan beberapa meter dari Fawwaz ,dah terbit rasa rindu di hati ummi ni.Lepas makan tengahari dan solat Dzuhur,Ummi bawak Fawwaz g kedai alat tulis mak njang kat Berseri.Abi ada keje skit ,nak print tempahan kad kahwin customer mak njang.Abi fawwaz ni serba boleh .. berdakwah boleh .. bab komputer especially design mendesign ni abi la sifoonya ..alhamdulillah rezeki yg Allah bagi kat abi .. ummi harap satu hari nanti fawwaz pun boleh ikut jejak langkah abi malah jadi lebih baik dari kami.Sepanjang abi wat keje dan ummi tolong mak njang jaga kedai,fawwaz tido je dalam office mak njang.Ngee ummi tau fawwaz kalah dengan air cond tapi ummi tak leh biasakan fawwaz tido dalam aircond.It waz not good for ur health sayang.Sekali sekala fawwaz bangun menangis dan bila ummi bagi susu fawwaz tidur kembali.Setiap kali ummi jaga kaunter dan wat keje ,kerap kali ummi ulang alik dari depan ke belakang semata mata nak tengok keadaan putera ummi ni bimbang2 kalau blanket fawwaz tertutup hidung.Ummi sayang sangat kat fawwaz .. uhibbuka fillah ,,, sesunggunnya fawwaz adalah amanah dari Allah yang tak ternilai harganya.Semoga ummi dapat menggalas dan menunaikan tanggungjawab ummi sebagai ibu kepada fawwaz sebaik-baiknya.Bila balik umah tok chah ,mak lang dan mak long sekeluarga dah ada menyambut kepulangan paksu dari Medan.Sepupu2 fawwaz ramai sangat sampai ummi takut nak tinggalkan fawwaz.Mujur abi faham kebimbangan ummi dan tolong ummi tengok2kan fawwaz.Time nak balik umah kita ,fawwaz tido sepanjang perjalanan sampai la pintu umah baru fawwaz terjaga.

Wednesday, January 20, 2010

Alhamdulillah




Dah lama ummi nak buat blog utk fawwaz.Baru ni ummi berkesempatan nak buat.Moga blog ini dpt ummi jadikan Sebagai wadah utk ummi coretkan perasaan ummi atas kehadiran fawwaz dalam hidup ummi.Sepanjang 9 bulan ummi mengandungkan fawwaz,pelbagai mehnah yg ummi lalui sehingga adakalanya ummi rasa hampir2 putus asa.Ummi mengalami alahan yg teruk sehingga berkali2 ditahan di wad.Ditambah pula ujian dari kiri dan kanan.Adakalanya ummi rasa tertekan bila nurse cakap yg risiko ummi utk mengalami keguguran amatlah tinggi sbb kandungan albumin dalam air kencing ummi tinggi.Tapi,ummi gagahkan diri ..acapkali ummi motivasikan diri ummi supaya kuat dan cekal ..dalam saat tubuh ini terlalu lemah ,ummi berdoa kepada Allah SWT agar beri ummi kekuatan dan selamatkan fawwaz.

Alhamdulillah sayang , akhirnya pada 9 November 2009 ,di saat org lain sdang lena di ulit mimpi indah,ummi bertarung nyawa dan telah selamat melahirkan fawwaz.Hanya Allah sahaja yg tahu btapa gembiranya ummi d saat itu.Beberapa minit slepas Fawwaz lahir ,azan pun berkumandang.Allahu akbar !! Terima kasih Allah atas anugerah yg ternilai harganya.Fawwaz kene sentiasa mnjadi hambaNya yg soleh ..say tq to Allah for saving our life ye syg .Inilah detik terindah dalam hidup ummi.Alhamdulillah wa syukrillah


Owh dah nak pkul 12 tgh ..ummi got to go .. nak masak ..di saat ni fawwaz sedang lena .. tidurlah anakku ..tidurlah sayang ..moga lena mu dalam keimanan..ummi sentiasa menyayangi mu ..setiap waktu ....Ya Allah ... peliharalah permata hati ku ini dari gangguan dan godaan syaitan.Moga zuriatku ini membesar sebagai penolong agamaMu ..amiin