Thursday, March 25, 2010

Pagi yang ceria

Di saat ummi sedang menulis untuk entry baru blog kita hari ni,Fawwaz sedang nyenyak tidur sementara abi dah pun ke sekolah.Hari ni abi wearing sports attire ,ada latihan rumah sukan katanya.Semalam balik je dari sekolah,abi kata nak bawak kita g tengok pertandingan wau @ Festival layang-layang antarabangsa kat Pendang.Pukul 6 petang kita bertolak dari rumah and sampai sana dalam pukul 6.30 petang.Hmmm bunyi cam dekat tapi jauh jugak :) Sampai je kat sana , tak banyak pun layang-layang yang gentayangan di udara mungkin time kami sampai event tu dah nak habis.Selepas itu ,kembara kita diteruskan dengan aktiviti ziarah kawan abi iaitu keluarga ustaz Shirozi.Ummi sangat tertarik dan kagum dengan keluarga beliau terutama sekali pada zaujah beliau.Lupa pulak ummi pada namanya tapi zaujah nya mempunyai nur ketenangan di wajahnya.Dan apa yang menarik sekali,ummi tertarik dengan attitudes anak-anak mereka yang sangat bagus.Masa ummi masuk dalam rumah mereka,time tu kebetulan dah masuk waktu Maghrib , tanpa disuruh anak-anak mereka terus solat maghrib dan selepas itu mengaji Al Quran tanpa.Sejuk mata ummi memandang mereka.Hubungan antara mereka adik beradik sangatlah baik dan tak de bising2 teruk walaupun adik beradik ramai.Kata orang utara "tak buas" walaupun sebenarnya ummi tak berapa suka guna istilah itu.Harapan ummi semoga ummi dapat mentarbiyyah anak-anak ummi seperti mana zaujah kawan abi tu.Selpas dari rumah kawan abi tu kita singgah pulak ke rumah kawan abi tak berapa jauh dari situ ... rumah ustaz Fauzi.Seronok dapat kenal dengan zaujah2 kawan abi.Kita sampai rumah pukul 11 malam tadi.Sampai je rumah abi terus lena kepenatan manakala Fawwaz masih lagi mata terbuntang.Tapi alhamdulillah setelah di riba ,Fawwaz pun turut tidur.

No comments:

Post a Comment