Monday, March 29, 2010

HAPPPYYYYYY DAYYYSSSSSSSS

aLHAMDULILLAH .. ummi happy sangat2 .. TQ ALLAH for all arrangements that U have made for me....Hari Jumaat , mama call kata nak datang sini.Sangat seronok !!! Tok Ma n Tok Pa sampai rumah kita pukul 7malam.Sampai je,tok pa terus panggil Fawwaz.Fawwaz mana? - soalan pertama tok Pa sebaik je sampai.Lepas je solat Maghrib ,kita bawak tok ma dan tok pa g makan kat restoran mamak kat alor setar , makan nasi kandar.Tok ma n tok pa rindu sangat kat fawwaz dan malam tu tok ma tidur lewat sebab main ngan fawwaz.Esoknya,lepas sarapan pagi,kita bawak tok ma dan tok pa jalan-jalan kat alor setar ,cadangnya nak g Pekan Rabu tapi parking takde plak n sangat sesak ... nak bawak fawwaz kesian so tok ma dan tok pa cadangkan kita g makan je kat mana-mana.Kebetulan plak kete abi meragam plak ,tetiba plak mati enjin kejap2 time drive.Apapun fawwaz memang cool sebab panas2 pun still leh tertidur kat pelukan ummi.Heee.Tengahari tu kita semua makan di restoran Mama.Sedap2 makanan kat situ dan after that kita g Giant.Ummi temankan tok ma shopping.Tok ma belikan ummi tudung yang ada awning tu.Lepas tu kita balik umah.Lepas solat Dzhur ,tok ma dan tok pa siap2 nak balik semula ke ipoh sebab isnin tok pa keje :( Apa pun ummi suka sangat dua hari ni .. Alhamdulillah

Saturday, March 27, 2010

Outing days



minum susu dulu :)


Fawwaz tidur dalam stroller time ummi shopping kat giant

Alhamdulillah ..segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat dari Nya.Kali ni kita spend weekend kat umah lagi since abi ada sports day kat sekolah esok.After Asar prayer,kita g ikut abi g padang sekolah abi untuk tengok preparation for the event.Ummi sempat la berkenalan dengan isteri kawan abi which ada anak kecik umur setahun .. Kalau fawwaz dah leh jalan mesti best kan sbb leh tawaf padang bola sebesar alam tu.Ngeee..tak lama pastu hujan dengan angin kuat .. ummi n kawan baru ummi bergegas cari tempat teduh kat bangunan sekolah.Air hujan sampai tempias kat kami sbb angin terlalu kuat.Tapi yang paling best,tetiba fawwaz terlentok kat bahu ummi tertidur .. bagus tul anak ummi ni ... Lepas tu kita bertolak ke Giant nak beli groceries.Ummi sangat happy.Happy sbb dapat bsama dgn abi dan fawwaz.Ummi sempat capture gambar fawwaz dalam stroller time kat Giant.Nasib baik la ada stroller hadiah dari tok ma n tok pa ni kalau tak jenuh gak la ummi nak dukung fawwaz.Alhamdulillah dapat gak abi beli rak idaman abi selepas berbulan-bulan cita2nya terpaksa diketepikan ..alhamdulillah ada sales lagi utk rak tu.Untuk fawwaz ummi belikan new milks container ..green color lagi tu coz abi yg pilih ... and selebihnya barang dapur.Selesai shopping,abi bawak kita g makan kat gerai2 depan giant tu.Fawwaz mamam susu,abi makan nasi ayam berempah and ummi makan burger ayam.Yummy....Ummi happy sangat untuk dua minggu ni

Thursday, March 25, 2010

Pagi yang ceria

Di saat ummi sedang menulis untuk entry baru blog kita hari ni,Fawwaz sedang nyenyak tidur sementara abi dah pun ke sekolah.Hari ni abi wearing sports attire ,ada latihan rumah sukan katanya.Semalam balik je dari sekolah,abi kata nak bawak kita g tengok pertandingan wau @ Festival layang-layang antarabangsa kat Pendang.Pukul 6 petang kita bertolak dari rumah and sampai sana dalam pukul 6.30 petang.Hmmm bunyi cam dekat tapi jauh jugak :) Sampai je kat sana , tak banyak pun layang-layang yang gentayangan di udara mungkin time kami sampai event tu dah nak habis.Selepas itu ,kembara kita diteruskan dengan aktiviti ziarah kawan abi iaitu keluarga ustaz Shirozi.Ummi sangat tertarik dan kagum dengan keluarga beliau terutama sekali pada zaujah beliau.Lupa pulak ummi pada namanya tapi zaujah nya mempunyai nur ketenangan di wajahnya.Dan apa yang menarik sekali,ummi tertarik dengan attitudes anak-anak mereka yang sangat bagus.Masa ummi masuk dalam rumah mereka,time tu kebetulan dah masuk waktu Maghrib , tanpa disuruh anak-anak mereka terus solat maghrib dan selepas itu mengaji Al Quran tanpa.Sejuk mata ummi memandang mereka.Hubungan antara mereka adik beradik sangatlah baik dan tak de bising2 teruk walaupun adik beradik ramai.Kata orang utara "tak buas" walaupun sebenarnya ummi tak berapa suka guna istilah itu.Harapan ummi semoga ummi dapat mentarbiyyah anak-anak ummi seperti mana zaujah kawan abi tu.Selpas dari rumah kawan abi tu kita singgah pulak ke rumah kawan abi tak berapa jauh dari situ ... rumah ustaz Fauzi.Seronok dapat kenal dengan zaujah2 kawan abi.Kita sampai rumah pukul 11 malam tadi.Sampai je rumah abi terus lena kepenatan manakala Fawwaz masih lagi mata terbuntang.Tapi alhamdulillah setelah di riba ,Fawwaz pun turut tidur.

Friday, March 19, 2010

Supprise !!!!!

Alhamdulillah akhirnya settle gak keje2 rumah hari ni ..sangatlah letih start dari pagi tadi sampai ke malam ..tak habis2 jugak plus fawwaz skang dah tak nak tidur sangat.Harini ummi masak kari ayam dengan kobis goreng je plus telur goreng.Sarapan pagi plak masak nasi goreng kampung ala tok ma.Tadi umi cabut bear pooh yang maksu hadiahkan kat fawwaz tu ,ingatkan nak basuh bagi fawwaz main la since skang fawwaz dah pandai pegang barang and main.Tiba-tiba bear pooh tu berbunyi lagu happy birthday .. apa lagi terperanjat la ummi and tercampak bear tu mujur tak kene kat fawwaz.So ummi bagi la kat fawwaz ,fawwaz pegang and seems like fawwaz suka tengok bear tu.Pastu ummi picit la perut bear tu and kuar lagu happy birthday..suddenly fawwaz terkejut and menjerit .. huhu dah la suara anak ummi ni besar .. pastu fawwaz nangis .. huhu lama gak la nak bagi fawwaz biasa dengan bear ni ..dan alhamdulillah now fawwaz dah ada kawan baru :)

Thursday, March 18, 2010

Jalan-jalan ke RFC Shahab Perdana





Malam semalam kita gi makan dekat RFC kat Shahab perdana.Dah lama ummi nak belanja abi makan kat sini tapi disebabkan kekangan masa terpaksala ummi simpan sehinggalah semalam.Kat tempat kita makan tu ada children corner .. tak sabar nak tunggu Fawwaz pandai jalan..leh ummi bawak lagi fawwaz datang sini untuk main kat situ.

Monday, March 15, 2010

Perlis oh perlis

Pagi jumaat tu ummi dah bz berkemas sebab pagi ni bertolak ke perlis sebab hari ni abi kene g buat keje kawin kat umah maksu.Sampai je kat perlis , ummi bawak fawwaz g umah maksu yg kenduri tu.Jumpa ngan kawan ummi nama dia iffa.Dulu kami satu asrama kat uitm tak sangka plak skang jadi sedara plak.Dan tengah sembang2 tu kami cakap pasal KPLI.Allah .. nasib baik la iffa bgtau yang dah leh check mtest kpli.Ummi dan abi kelam kabut cari jalan camne nak check.Mak njang tolong check kat ummi.Know what?ummi kene g test esoknya jam 9 pagi kat SMK MAHAWANGSA jitra .. malam tu ummi tak lena tidur sebab dok pk nak jawab pe test mtest esok dan camne nak tinggal fawwaz ni...

esoknya pagi2 ummi dan abi dah bertolak ke Jitra.Sampai sana . ummi dan abi g breakfast kat warung dekat2 sekolah tu and abi jumpa dengan kawan lama abi yang also akan jawab mtest kat situ.Allah hu akbar .. memang kelam kabut.Balik dari mtest tu ,singgah kat butik anakku kat jitra.Ummi belikan hadiah utk fawwaz .. botol susu BPA free AVENT de ngan puting utk ganti puting botol susu fawwaz.hadiah utk anak ummi sebab kene tinggal.Kesian fawwaz.ummi rindu sangat kat fawwaz sepanjang berjauhan dengan fawwaz.Sampai je umah tok chah , ummi terus g tengok fawwaz.Fawwaz cam tau je ummi dah balik.muaaah,sayang sangat kat anak ummi.Pastu ummi ngan mak long,mak njang ngan mak lang gi makan kenduri.

Esoknya hari Ahad .. hari yang sangat stress buat ummi.Ummi sakit kepala dah dari pagi tu.Pastu tengahari tu g kenduri kawin kat dua buah tempat.Ummi sangat letih plus sakit kepala.Lepas g dua buah kenduri tu singgah kat umah mak long.time tu Allah je la yang tau btepa rimasnya ummi.Ummi rasa cam nak cabut je tudung sebab panas sangat plus berpeluh2.Fawwaz plak meragam ,susu fawwaz dah habis.Ummi tak bawak la extra sebab ingatkan juz g kenduri kawin je.Kita balik umah kita pukul 7 malam.

Thursday, March 11, 2010

Fawwaz days

Hari ni hari fawwaz nye appointment untuk g timbang.Huh lama tul la nak tunggu nurse timbang fawwaz sampai dua jam.Alhamdulillah berat fawwaz dah 8 kg .. patutla pinggang dan badan ummi lenguh bila angkat fawwaz.Thanks abi sebab hantar kami.Pastu petang ,abi balik keje lewat.Kesian ummi tengok abi,tak larat.Malam tu plak abi ajak kita g kuar makan kat kedai Alia.Masa tu mata abi dah tersengguk sengguk dah.Lama tul diorang nak siapkan order walhal ummi ngan abi order mee goreng je.Mujur la fawwaz tak meragam ,alhamdulillah.. fawwaz leh tidur lagi kat bahu ummi.Bila ummi dah habis makan baru fawwaz terjaga.Hmm abi .. ummi faham keletihan abi.Kalau letih dan ngantuk , rehatlah kat rumah.. tak keluar pun takpe ,, hujung minggu time abi cuti tu la baru kita keluar .. apa pun ummi sayang sangat kat abi dan fawwaz.

Tuesday, March 9, 2010

Kete oh kete





Salam ... alhamdulillah kete abi dah siap dibaiki semalam.Pheww alhamdulillah lega ummi.Sebenarnya ummi risau kalau abi naik motor ni.Memang la dari segi economy , much saver in term of fuel but when talk about safety,i wud prefer a car since it has a body.But however it is , i alwayz pray may Allah always protects abi whenever he is.

Sunday, March 7, 2010

Jumaat yang penuh barakah

Alhamdulillah , hari ni ummi tak perlu tergesa-gesa nak buat keje umah sebab minggu ni kita tak ke mana-mana.Kalau jumaat yang sebelum2 ni, everything ummi kene buat dalam kadar segera sebab biasanya tiap2 Jumaat lepas asar kita akan bertolak balik rumah Tok Chah.Minggu ni kita tak balik coz abi ada kursus esok.Ummi sangat gembira bila tengok abi main2 dengan fawwaz.Memang hari ni abi banyak spend time dengan fawwaz compared to weekdays.Yelah kan weekdays abi agak bz skit.Petang tu kita tengok citer Alvin and chipmunks,best sangat tapi baru sekerat citer fawwaz dah ZzzzzZZzzZZZzzzz .cute la those squirrels After mahgrib prayer tadi ,abi bawak kita g alor setar g maybank.Sempat gak la singgah Giant to buy some groceries.Terima kasih abi sebab bawak kami gi jalan-jalan.tu.hmm okies la,ummi sangat ngantuk.Assalamualaikum wb

Vrooommm

Pagi ni abi gi keje naik motor.Vroooommmm.Motor yang abi naik tu motor abg Mie.Alhamdulillah syukur sangat sebab ada yang sudi pinjamkan motor kat abi untuk g sekolah.Kenapa abi naik motor?

Semalam dari tengahari lagi ummi dah rasa tak sedap hati.Dalam pukul 4 lebih camtu abi balik bagitau dia accident langgar lori.Ummi ingatkan tak terukla sebab tengok abi okies je walaupun bunyinya macam agak seram.Tapi bila ummi tengok keadaan kete abi , alhamdulillah ummi rasa bersyukur sangat sebab Allah selamatkan abi.Kata abi , lori tu brek mengejut.Abi panik sampai terlupa nak amik no plat lori tu.Takpelah yang penting abi selamat dan tak apa-apa.Semoga Allah sentiasa melindungi abi dari sebarang marabahaya..Rabbana taqqabbal du'a

Thursday, March 4, 2010

Kampung ???

Balik dari sekolah ,abi bagitau abi diundang untuk bagi ceramah malam ni kat kampung ( ummi tak ingat nama n tempatnya).Lepas je abi solat maghrib , kami bergegas la ke tempat tersebut.Sampai kat satu tempat , ummi rasa sangat lemas sebab kawasannya sangat mendatar dan luas.Rupanya kami berada di lautan sawah yang kering kontang mungkin kerana musim kemarau.Seketika itu buatkan ummi teringatkan kisah yang tok ma ceritakan kat ummi pasal sawah yang jadi laut .. kisah benar tau tu.

Abi terlupa jalan nak gi kampung tu , yang best tu , abi lupa nak mintak no pakcik yang undang abi buat ceramah tu plus keadaan malam yang begitu gelap.Tapi abi tak putus asa , alhamdulillah usaha abi membuahkan kejayaan bila kami berjaya sampai jugak ke tempat tersebut.Fawwaz tidur je sepanjang perjalanan and bila sampai baru fawwaz terjaga.Penduduk2 kampung ni bercakap dengan bahasa siam.Kalau cakap bahasa melayu pun lorghat Siam.ummi tak baper faham butir bicara mereka.Ummi banyak senyum je dari bercakap.As usual fawwaz la jadi main attraction tok2 n makcik2 kat situ.Semua nak pegang fawwaz so alhamdulillah leh la ummi menjamu selera dengan hidangan yang mereka sediakan.Time abi ceramah kat depan , fawwaz plak ceramah kat belakang dengan bahasa fawwaz.Ngeeee.Lepas penat bercerita dengan bahasa fawwaz,fawwaz tidur lagi keletihan agaknya.Ihik