Thursday, March 4, 2010

Kampung ???

Balik dari sekolah ,abi bagitau abi diundang untuk bagi ceramah malam ni kat kampung ( ummi tak ingat nama n tempatnya).Lepas je abi solat maghrib , kami bergegas la ke tempat tersebut.Sampai kat satu tempat , ummi rasa sangat lemas sebab kawasannya sangat mendatar dan luas.Rupanya kami berada di lautan sawah yang kering kontang mungkin kerana musim kemarau.Seketika itu buatkan ummi teringatkan kisah yang tok ma ceritakan kat ummi pasal sawah yang jadi laut .. kisah benar tau tu.

Abi terlupa jalan nak gi kampung tu , yang best tu , abi lupa nak mintak no pakcik yang undang abi buat ceramah tu plus keadaan malam yang begitu gelap.Tapi abi tak putus asa , alhamdulillah usaha abi membuahkan kejayaan bila kami berjaya sampai jugak ke tempat tersebut.Fawwaz tidur je sepanjang perjalanan and bila sampai baru fawwaz terjaga.Penduduk2 kampung ni bercakap dengan bahasa siam.Kalau cakap bahasa melayu pun lorghat Siam.ummi tak baper faham butir bicara mereka.Ummi banyak senyum je dari bercakap.As usual fawwaz la jadi main attraction tok2 n makcik2 kat situ.Semua nak pegang fawwaz so alhamdulillah leh la ummi menjamu selera dengan hidangan yang mereka sediakan.Time abi ceramah kat depan , fawwaz plak ceramah kat belakang dengan bahasa fawwaz.Ngeeee.Lepas penat bercerita dengan bahasa fawwaz,fawwaz tidur lagi keletihan agaknya.Ihik

No comments:

Post a Comment