Tuesday, February 2, 2010

rumah tak perlu BESAR .. yg penting ....



Rumah tak perlu besar yang penting ada KEBAHAGIAAN di dalamnya.Ahli nya bekerja sama antara satu sama lain.Takde rasa ini ke ko tu keje aku dalam setiap perkara kerana adanya sikap memahami,tolong menolong dan ihsan sesama ahli.Takde sangkaan "dia senangla tak macam aku kene buat dan fikir mcm2" sebab semua ahli ada peranan dalam watak masing2.Rumahtangga juga akan bahagia kalau takde campurtangan pihak lain dan mereka sendiri yang menentukan corak pemerintahan kerajaan yang ditadbir.Bahagia itu akan terasa bila Raja dan permaisuri sendiri yang mencorakkan warna di atas kanvas perkahwinan yang dibina.Rumahtangga juga akan bahagia kalau ada ruang untuk ahlinya bernafas.Wallahualam ...

Fawwaz penyejuk di mata dan penawar di hati ummi .... ummi luv u sayang .. fawwaz la kebahagiaan ummi .. lahirmu membawa seribu makna di dalam hidup ummi ..insyaALLAH selagi ummi bernyawa ,ummi akan menjaga fawwaz dengan penuh kasih sayang dan mendidik fawwaz dengan sehabis daya..Ya Allah , bantulah hamba ini menjadi ibu yang baik untuk muhammad Fawwaz agar besarnya nanti menjadi insan yang berguna dalam agamaMU.. amiiinnn

No comments:

Post a Comment